nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

DUA LAPORAN POLIS TERBARU DIBUAT KE ATAS PEGUAM BINATANG

POLIS menerima dua laporan terbaru daripada waris dua lelaki yang hilang sejak awal tahun ini selepas berurusan dengan peguam jahanam bergelar Datuk. Laporan itu dipercayai dibuat semalam.

Salah satu laporan itu dibuat isteri seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang selepas bertemu peguam berkenaan, awal tahun ini. Isteri lelaki terbabit dikatakan terputus hubungan dengan suaminya selepas talian telefonnya tidak lagi aktif.

Bgaaimanapun, difahamkan tidak lama selepas kehilangan lelaki itu, isterinya dikatakan menerima panggilan yang mendakwa suaminya ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah. Lelaki yang menghubungi juga meminta RM1 juta bagi membantu membebaskan suaminya. Bagaimanapun wanita itu tidak mengendahkannya.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, kelmarin berkata polis akan menyiasat empat kes orang hilang yang dilaporkan berlaku sebelum tragedi ladang Gadong. Kesemua yang hilang dikatakan berurusan dengan peguam berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri T Murugiah, berkata peguam berkenaan baru-baru ini pernah duduk di sebelahnya dalam satu majlis dan menyatakan hasratnya (peguam binatang) untuk menyertai MIC. Bagaimanapun, Murugiah tidak sempat menghabiskan masanya dengan lelaki itu.

Di sebalik perangai binatang, peguam berkenaan juga dikatakan cuba berbuat baik dengan mengetuai komuniti di tempat tinggalnya dalam membuat kerja-kerja kebajikan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10