nuffnang ads

Tuesday, September 14, 2010

PEMBUNUHAN USTAZAH DAN ANAK DI PORT DICKSON: MUNGKIN MANGSA ROGOL DAN LIWAT?

SEORANG suspek dipercayai telah membuat pengakuan terbabit dalam pembunuhan seorang ustazah, Norliza Ishak, 35 dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, beberapa hari sebelum mereka sepatutnya pulang ke kampung di Kelantan, untuk menyambut Aidilfitri.

Suspek yang juga jiran mangsa, dikatakan seorang mualaf dan tinggal bersendirian selepas menghantar isterinya pulang ke kampung.

Dalam perkembangan terbaru, polis mengesahkan ada kesan kecederaan di kemaluan kedua-dua mangsa, tetapi tidak dapat disahkan sama ada ia berkaitan serangan rogol ataupun liwat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, dilaporkan berkata polis tidak dapat membuat pengesahan sama ada mangsa telah dirogol atau diliwat kerana masih menunggu laporan DNA.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah pagi esok.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10