nuffnang ads

Tuesday, September 14, 2010

PEJABAT PEGUAM PEMBUNUH SOSILAWATI DIDATANGI POLIS

SEPASUKAN polis menggeledah pejabat peguam bergelar Datuk yang terletak di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, tadi dalam apa yang dipercayai sebagai salah satu keperluan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain di Tanjung Sepat.

Turut dibawa seorang suspek berpakaian lokap, dipercayai peguam terbabit. Polis kemudian dilihat keluar daripada pejabat itu sejam kemudian sambil membawa beberapa barangan termasuk CPU dan beberapa fail mengandungi dokumen tertentu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, pula dilaporkan meminta kerjasama media tidak membuat pelbagai spekulasi berhubung kematian Sosilawati dan tiga yang lain.

Ini bertujuan mengelakkan laporan media bertentangan, menganggu dan menjejaskan proses siasatan serta pendakwaan kes itu nanti.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10