KENANGAN....allahyarham bersama suami sedang memangku anaknya Amirul Ayman, ketika kecil. Namun semuanya kini tinggal kenangan. Pemergian Norliza dan anaknya diratap dan ditangisi keluarga dan rakan-rakan. Semoga rohnya tenang dan aman di sisi mereka yang dikasihiNya.
SUSPEK dalam pembunuhan kejam ustazah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, dikatakan seorang kontraktor yang tinggal berjiran dengan kediaman mangsa.
Ada sumber berkata, suspek berkahwin dengan seorang wanita dari Sabah dan ketika kejadian isterinya itu telah pulang ke kampung.
Suspek juga dikatakan telah mengaku kepada polis dia terbabit dalam kes berkenaan. Sama ada mangsa turut mengalami serangan seksual, semuanya hanya dapat dipastikan selepas polis menerima laporan DNA. Setakat ini polis mengesahkan memang terdapat kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.
Kerjasama dan maklumat orang ramai selama ini dikatakan telah banyak membantu polis melakukan siasatan dan diharap kerjasama sebegini diteruskan dalam usaha kita membanteras jenayah.
Sekurang-kurangnya pelaku jenayah berjaya dibawa ke muka pengadilan. Suspek dalam kes Norliza akan dihadapkan ke mahkamah Seremban, pagi esok.