nuffnang ads
Tuesday, September 14, 2010
JURUTEKNIK RUSIA MAUT SELEPAS MENYENGGARA PESAWAT TEMPUR INI
INILAH PESAWAT TEMPUR JENIS SUKHOI SU-27 SKM yang disenggara oleh pasukan teknikal Rusia di Lapangan Udara Sultan Hasanudin di Makasar, Indonesia yang mengakibatkan 3 jurutekniknya terbunuh dalam keadaan mengejut semalam. Dua pesawat ini baru tiba 10 September lalu sebagai sebahagian penghantaran tempahan tentera udara negara itu bagi menggantikan pesawat A-4Sky. Setakat ini Indonesia telah memiliki sembilan pesawat Sukhoi, sementara satu lagi akan tiba hujung bulan ini.
Februari lalu, dua pesawat Sukhoi SU-30MKZ milik Indonesia dalam latihan memintas di ruang udara Sulawesi Selatan turut berdepan misteri. Sistem tembakan misil pada kedua-dua pesawat berkenaan terkunci, dipercayai angkara pihak tertentu. Malaysia turut memiliki pesawat tempur serupa.