nuffnang ads

Thursday, September 16, 2010

PEGUAM ITU BUKAN DATUK!!

KALAU benar polis telah cuba mendapat pengesahan daripada kebanyakan negeri bagi mengetahui kesahihan penganugerahan gelaran Datuk kepada peguam durjana dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati, dan tiada gelaran itu diberikannya kepadanya, tentulah ini menjawab apa yang saya yakini selama ini.

The Star pula melaporkan dia memperolehi gelaran itu dengan membayar RM180,000 kepada seorang ahli perniagaan (sudah tentu jenis penipu juga) selepas dijanjikan namanya ada dalam senarai penerima gelaran berkenaan. Dan dia dikatakan bebas menggunakan gelaran itu!

Berita Harian pula melaporkan, istana Kelantan tidak pernah menganugerahkan gelaran itu kepada peguam berkenaan seperti yang didakwanya. Malah dipercayai, ada sindiket mengeluarkan surat palsu kepada mereka yang ditipu konon mendapat anugerahkan gelaran itu.

Dikatakan pula, orang yang menipu dalam anugerah gelaran Datuk itu telah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lembah Klang beberapa bulan lalu. Biar betul!

Berdasarkan laporan itu, nampak benar sikap buruk berhati kaudu peguam itu. Mahu menukarkan dirinya menjadi ayam dari seekor musang! Mahu kelihatan baik, dan bersih tapi realitinya buruk dan amat menjijikkan! Konon seorang bergelar Datuk dan akan dihormati orang. Pigiraaa!

Bukan dia seorang. Diulangi, bukan dia seorang musang seperti ini. Saya yakin dan amat percaya ada musang lain yang mungkin juga telah lolos ke dalam kandang ayam kita! Berjaga-jagalah. Terutama di kalangan pemimpin masyarakat dan politik. Sikap berwaspada kita amat-amat dituntut bagi mengelak daripada kejadian seumpama ini berulang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10