nuffnang ads

Thursday, September 16, 2010

MEMBERI NILAI KEPADA SEORANG PENJENAYAH KEJAM!

MEMILIKI lebih 9 kereta mewah dianggarkan tidak kurang RM6 juta, memiliki wang dalam akaun lebih RM7 juta dan memiliki hartanah, termasuk rumah mewah, ladang, empat stesyen minyak dan perniagaan di Chennai, India, menjadikan dia seorang yang hartawan pada kaca mata manusia.

Bagi mengiktiraf kedudukannya sebagai seorang peguam yang baik hati dan luhur budi, dia membuat pelbagai kerja amal dan berlakon dengan wajah dan warna diri yang jernih dan bersih di sisi masyarakat dan sasaran khalayak yang dijangka mampu melindungi keburukan dilakukannya. Dan untuk kesemua itu, dia mencari pengiktirafan diri  dengan membeli satu gelaran Datuk pada harga RM180,000, walaupun hakikatnya gelaran itu adalah di atas kertas semata-mata!

Namun Tuhan itu ada. Itu yang jarang difikirkannya. Segala keburukannya yang jijik dan memualkan akibat terbabit dalam jenayah pembunuhan yang dikatakan sesetengah orang mencecah 20 mangsa sehingga kini akhirnya terbongkar.

InsyaAllah, minggu depan dia akan dihadapkan ke muka pengadilan. Diiringi seribu kutukan dan caci nista ke atas dirinya, dia tidak lagi berdiri sebagai seorang bergelar manusia. Bersama derai air mata waris mangsa yang terbunuh dalam keadaan amat kejam, terhina dan aib, dia mesti dipastikan tidak lolos dari undang-undang. Dia mesti menerima pembalasan, walaupun tidak mungkin hukuman itu dapat memadamkan dukacita sedemikian banyak hati yang telah luka!

Diiringi dengan kata-kata jahanam, marilah kita pastikan dia menerima hukuman sewajarnya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10