TENTU ramai ternanti-nanti untuk melihat wajah seorang lelaki berusia 34 tahun yang dikatakan terbabit dalam pembunuhan ustazah Norliza Ishak dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof di rumah mereka di Port Dickson, awal bulan ini.
Wajah dan identiti lelaki itu akan diketahui pagi ini apabila dia dihadapkan ke mahkamah di Seremban berhubung kes berkenaan.
Lelaki itu yang tinggal berjiran dengan mangsa dikatakan telah membunuh kedua-dua beranak itu dan menyamun beberapa barangan dan wangnya tanpa belas kasihan selepas berjaya mengelirukan mangsa untuk masuk ke dapur rumahnya.
Kini dia akan berdepan muka pengadilan dan bersama kita berharap segalanya berjalan lancar demi membela kematian tragis Norliza dan anaknya, Amirul Ayman.