nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

ORANG MENYAMAR MUSA HASSAN DALAM FACEBOOK!!!

SERONOK agaknya apabila dapat menyamar sebagai orang kenamaan. Bertambah seronok lagi kalau banyak pula pengikut yang lurus bendul percaya, laman facebook itu adalah sah dan tulen milik orang kenamaan. Untuk tambah keyakinan orang, letak pula gambar dan catat satu dua aktiviti eksklusif. Pengikut pun jadi bangga tak semena-mena apabila dapat lihat gambar orang kenaman yang mula jadi kawan dan mesra semacam.

Yang tak enaknya pula tentulah kepada orang kenamaan yang namanya dipergunakan sesuka hati itu. Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sejak dua bulan dulu rupanya ada orang yang menyamar sebagai dirinya membuka akaun facebook.Tak tahulah sejauh mana klon Musa itu telah berjaya menipu teman-teman sembangnya. Yang pasti Musa telah mengarahkan supaya si penyamar disiasat. Alahai.

Sebenarnya bukan Musa sahaja menjadi mangsa penyamaran dalam laman facebook. Sebelum ini, menteri kabinet, Nazri Aziz juga mengalami pengalaman serupa. Ada juga orang lain yang mahu menjadi dirinya dengan membuka laman facebook yang percuma itu. Bila disedari, laporan polis pun dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya. Entahlah. Apa jadi kes itu, sampai kini saya tak tahu.

Seorang lagi orang kenamaan yang menjadi mangsa penyamaran laman facebook ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dia punya kes lagi kelakar. Dia dah lama tak punya akaun facebook. Kesian mendengarnya. Sudahlah dia teruk berdepan pelbagai kes dan masalah dalam parti dan komponen BN, ada pula yang dajal menambahkan lagi masalahnya dengan menyamar membuka akaun laman siber itu atas nama dia. Kalau nak menyamar pun, pilih-pilihlah orang.

Dan yang paling mengejutkan baru-baru ini ialah tindakan pihak tertentu yang menyamar membuka akaun facebook milik Tunku Mahkota Johor. Ini lagi melampau. Berkiralah sikit kalau nak menyamar pun.

Itu yang dapat dikesan. Entah-entah banyak lagi menteri telah jadi mangsa. Cuba bayangkan kalau ada juga yang menyamar sebagai Shahrizat Abdul Jalil. Dah tu pula, dinyatakan hobi yang bukan-bukan. Misalnya suka berdating dan berkenalan. Mampus Shahrizat nak menjawabnya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10