nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

SUSULAN KEHILANGAN DATUK SOOSILAWATI: POLIS MEMANTAU SEMUA DATA PANGGILAN TELEFON

SEMUA data perhubungan menerusi telefon milik Datuk Soosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang selepas berurusan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu sedang diteliti oleh pasukan penyiasat polis kerana ia dipercayai dapat membantu dalam usaha menyelesaikan misteri kehilangan ahli perniagaan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata selain penelitian data perhubungan telefon, polis juga sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada semua ahli keluarga Soosilawati selepas laporan mengenai kehilangannya dibuat oleh anaknya kelmarin.

Pada masa yang sama polis turut mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen bagi memastikan sama ada mereka telah pergi ke luar negara atau sebaliknya. Setakat ini katanya, polis belum boleh membuat rumusan sama ada kes kehilangan Soosilawati ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.

Soosilawati dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak untuk urusan perniagaan bersama tiga lelaki lain dkenali Kamal, Kamil dan Hisham pada 30 Ogos lalu. Menurut anaknya, beliau dijangka puang dalam tempoh tiga hari. Bagaimanapun, selepas tempoh itu telefon Soosilawati gagal dihubungi.

Semua pihak, terutama yang ada berhubungan menerusi telefon dengan ahli perniagaan itu terutama selepas kehilangannya juga boleh membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan. Hubungi Rakan Cop 03-21159999. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10