Sehubungan itu, sempena Ramadan dan Syawal yang semakin hampir, marilah kita bersama membantu mencari maklumat supaya pembunuh yang kejam dan tidak bertanggungjawab dalam kejadian itu dapat dibawa ke muka pengadilan. Bersamalah membantu meredakan kesedihan keluarga mereka dengan membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes ini dengan segera.
Kepada jiran, penduduk terdekat atau sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit maklumat, datang atau hubungilah IPD Port Dickson atau balai polis terdekat.
NOMBOR TALIAN HOTELINE IPD PORT DICKSON IALAH: 06-6462999 - 06-6462999
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh, dipetik Harian Metro berkata, berdasarkan laporan awal perubatan, sesak nafas dipercayai punca kematian dua beranak berkenaan.
Norliza yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson bersama anaknya Amirul Ayman, ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mulut dan kepala terikat.
BERSAMA MENCEGAH JENAYAH.