nuffnang ads

Sunday, September 5, 2010

KITA TERLEPAS PANDANG. NICOLAS LAU SAMAKAN AZAN SUBUH SEBAGAI JERITAN TARZAN

SEMAKIN BANYAK sebenarnya manusia bukan Islam dan bukan Melayu yang menggunakan laman facebook semata-mata untuk menghina Islam. Sesetengahnya kita terlepas pandang.

Hal Namewee yang menerbitkan klip video bodohnya, menghantar isyarat berbau perkauman sedang diteliti dan disiasat. Banyak yang mahu dia dikenakan tindakan tegas, dan banyak pula yang membelanya termasuklah Lim Kit Siang.

Kemudian kisah Katy Lim Li Lian, manusia berkaki dua tapi mulutnya celupar menyebut binatang berhidung penyek dan berkaki empat. Dimaniskan lagi makiannya dengan menghina Allah. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meminta tindakan tegas mesti diambil terhadap kenyataannya yang sarat dengan penghinaan dan tidak boleh diterima itu. Tapi Katy bersembunyi di sebalik laman facebook lain.

Sebelum itu kisah si Salleh Gregor yang juga menghina Islam dan Melayu. Hal dia seperti diam dan telah menjadi basi.

Kini satu lagi yang kita mungkin terlepas pandang selama ini ialah laman facebook menggunakan nama Nicolas Lau. Dia pun menghina umat Islam dan menghina agama Islam apabila menyamakan azan subuh sebagai jeritan tarzan!

Nicolas Lau ini dari cara bahasa dia menulis di dalam laman facebooknya, seperti enggan menerima azan sebagai sesuatu yang lazim di dalam Islam. Ia panggilan untuk mengingatkan umat Islam mengerjakan solat. Tapi Nicolas Lau tidak boleh menerimanya. Dia juga seolah-olah tidak boleh menerima hakikat tinggal di dalam negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam.

Apa lagi yang mahu kita katakan. Sudah tentu apa yang lahir dalam tulisannya yang mengatakan azan subuh itu sebagai panggilan bangun dari si tarzan sebagai sesuatu yang menghinakan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10