nuffnang ads

Sunday, September 5, 2010

MANGSA RAGUT DAKWA DIA DIMARAHI KERANA GAGAL BERBAHASA MALAYSIA: PEGAWAI PENYIASAT DITUKAR SERTA-MERTA

SEORANG pegawai penyiasat di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur ditukarkan serta-merta kerana dikatakan bertindak memarahi seorang wanita mangsa ragut yang tidak boleh berbahasa Malaysia ketika membuat laporan di balai polis berkenaan.

Malah wanita keturunan Cina itu turut mendakwa pegawai penyiasat berkenaan, juga ada mengeluarkan kata-kata yang bermaksud supaya beliau pulang ke China disebabkan kurang kefasihannya berbahasa kebangsaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman, berkata pegawai berkenaan kini diarahkan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai atasan.

Menurutnya, pada 28 Ogos lalu seorang wanita keturunan Cina mendakwa dia dimarahi seorang pegawai penyiasat ketika membuat laporan diragut di balai berkenaan. Malah dia juga mendakwa pegawai terbabit ada megeluarkan kata-kata memintanya pulang saja ke China.

Muhammad Sabtu berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu secara adil dan telus serta memberi jaminan tidak akan berkompromi jika sabit kebenarannya.

***Ini menunjukkan betapa seriusnya polis mengambil tindakan. Sebelum siasatan selesai, pegawai berkenaan telah ditukarkan bidang tugasnya. Kita melihat ini ada baiknya, tetapi pasukan yang menyiasat dakwaan oleh wanita itu harus meneliti sesetiap aspek kerana dibimbangi ada yang akan teraniaya. Ini kerana dikhuatiri ada pihak mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku sekarang untuk membuat tohmahan. Bagaimanapun, sudah pasti pasukan polis mempunyai kecekapan untuk menilai setiap aspek dalam menegakkan keadilan berhubung kes ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10