Lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain (ehsan BH -akhbar arus perdana Malaysia) |
Lelaki bergelar Datuk itu yang juga seorang ahli politik mendakwa dia, Sosilawati dan suspek saling mengenali sejak tiga tahun lalu. Mereka menjalinkan hubungan dengan bekerjasama dalam satu urusan membeli tanah di Pulau Pinang tidak lama dulu.
Selepas bersama menyediakan RM2.5 juta untuk membeli tanah itu, dia dan Sosilawati dijanjikan keuntungan RM4 juta sebaik sahaja tanah itu dijual semula.
Menurut Datuk berkenaan, selepas enam bulan dia memperolehi semula modal yang dibayar oleh peguam berkenaan. Bagaimanapun, masalah timbul selepas itu apabila bayaran keuntungan selepas penjualann semula dilakukan, tidak ditunaikan oleh peguam berkenaan. Ia berlarutan lebih dua tahun, apabila peguam itu asyik berdalih.
Cuma baru-baru ini, peguam itu menghubunginya meminta dia datang mengambil wang yang dijanjikan itu, tetapi ahli politik berkenaan telah pulang beraya di kampung. Katanya, ada kemungkinan Sosilawati turut dipanggil untuk menerima wang berkenaan, tetapi sebaliknya itu adalah helah peguam terbabit untuk membunuh.
Ahli politik itu tidak menolak kemungkinan dia juga dirancang untuk dibunuh oleh peguam itu, tetapi terselamat kerana tidak memenuhi permintaan itu untuk datang ke Banting.
Berita seterusnya ada di dalam HARIAN METRO, akhbar pilihan semua.