nuffnang ads

Sunday, September 5, 2010

MARI BANTAH DAN SANGGAH LADANG TEMBIKAI GUNA TAHI BABI SEBAGAI BAJA DI TERENGGANU!!

SEMAKIN tertekan orang Melayu dan orang Islam. Di Terengganu penduduk Kampung Baru Padang Sanai, kini tercemar dan terancam akibat penggunaan najis babi sebagai baja di sebuah ladang tembikai di kampung mereka.

Ladang seluas 80 hektar itu baru sahaja bermula, tapi pencemaran bau semakin menyebabkan lebih 200 keluarga di situ tertekan. Bau najis babi yang dikatakan antara bau paling busuk di dunia, menyerang mereka setiap hari dan sekaligus mengundang kumpulan lalat menyerang kediaman mereka.

Sikap tidak peka pengusaha ladang tembikai itu amat dikesalkan. Sepatutnya mereka sedar dan tahu menghormati hak majoriti 99 peratus umat Islam di kawasan itu.

Adun kawasan berkenaan, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, dikatakan telah membuat laporan polis. Ini harus dipuji. Tapi laporan tanpa tindakan segera daripada kerajaan negeri, umpama membebel tak memberi makna.

Penggunaan najis babi di ladang ternakan itu mesti dibantah dan disanggah. Penduduk mendakwa, selain bau yang amat menjijikkan daripada najis haiwan berhidung penyek dan ekor bergelung seperti lidah Li Lian itu, masalah juga berlaku ketika hujan.

Air hujan bercampur najis ba alif ba ya itu mengalir ke kawasan lebih rendah. Akibatnya, ia boleh memasuki kawasan loji air Padang Sanai yang menjadi punca bekalan utama air bersih kepada penduduk di kawasan itu.

Jika ini berlaku, alangkah zalimnya sebuah kehidupan! Kerajaan mesi bertindak. Penggunaan najis babi bukan sahaja di ladang tembikai, tetapi di semua ladang tumbuhan lain di seluruh negara mesti dibantah dan disanggah.

Cuba bayangkan tembikai yang dijual di tepi jalan yang diusahakan menggunakan baja tahi babi! Bayangkan betapa sering tertekan dan tertipu kita umat Islam. Ini semua salah siapa? Salah kerana sejak 53 tahun kita terleka dan tertidur!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10