nuffnang ads
Sunday, September 12, 2010
LUNA MAYA BAWA SEKOTAK KEK UNTUK ARIEL DI PENJARA SEMPENA AIDILFITRI
KASIH sayang Luna Maya terhadap Ariel semakin kuat dan sukar digugat walaupun kekasihnya itu kini merengkuk di dalam tahanan penjara Bareskrim, Jakarta kerana masih disoal berhubung pembabitannya dalam video lucah bersama Cut Tari dan Luna Maya, sebelum ini.
Hari Raya pertama, Jumaat lalu Luna Maya membawakan sekotak kek untuk kekasihnya itu sambil ditemani peguamnya. Dia memilih untuk meraikan Aidilfitri bersama Ariel berbanding dengan keluarganya sendiri.
Ariel ditahan di penjara itu sejak 21 Jun lalu kerana enggan mengaku sebagai lelaki yang sedang melakukan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari. Sehingga kini, Cut Tari telah mengaku dan turut mengesahkan lelaki di dalam video itu adalah Ariel. Namun Ariel masih menegakkan benang basah.
Kini penjara Bareskrim tak ubah rumah kedua buat Luna Maya. Apabila kerinduan, dia akan berkunjung ke penjara itu untuk melepaskan rindunya pada Ariel. Nampaknya, Luna Maya seperti berbangga melakukan semua ini tanpa mengambil kira perasaan marah sebahagian besar rakyat Indonesia terhadap perbuatannya bersama Ariel seperti terpapar dalam video yang diedarkan merata tempat itu.
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10
