EMPAT MAYAT RENTUNG dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah ladang ternakan di Tanjung sepat. Berita ini menggemparkan berikutan kehilangan Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Semua mayat itu ditemui malam tadi dan dijangka akan dikeluarkan pagi ini untuk ujian DNA. Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada semua mayat itu adalah Soosilawati, Kamarudin, Ahmad Kamil dan Norhisham.
Sambil berharap kepada ahli keluarga yang terbabit supaya menunggu pengesahan pihak berkuasa, mereka juga dikehendaki tidak mendengar khabar angin. Bersabarlah.
Berita Harian difahamkan oleh sumber penemuan mayat itu ada kaitan dengan penahanan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya seorang doktor.
Selagi polis belum membuat pengesahan, semua pihak berdoalah yang terbaik untuk Soosilawati dan tiga yang lain, yang dilaporkan hilang sebelum ini.