nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

LEBIH 1.2 JUTA PENGGUNA TERJEJAS: LOJI AIR SEMENYIH DITUTUP KERANA TERCEMAR

LEBIH 1.2 juta pengguna di kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling Jaya, terjejas bekalan air bersih apabila loji bekalan air di Semenyih, Selangor terpaksa ditutup lewat petang ini akibat tercemar dengan 'lechate' daripada tempat pembuangan sampah berhampiran.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya sebentar tadi memaklumkan, bahan cemar itu dikesan apabila bacaan pada amonia di dalam loji berkenaan meningkat kepada 6.4 mg per liter, berbanding standard dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan sebanyak 1.5 mg per liter.

Berikutan itu pengguna dijangka berdepan kesulitan terutama di kalangan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri dua hari lagi.

Menurut Syabas lagi, sebanyak 32 lori tangki air bergerak dan 300 tangki statik disediakan serta merta bagi membekalkan air kepada kawasan yang terjejas. Bagaimanapun, jumlah itu dijangka hanya memenuhi 40 peratus keperluan air yang diperlukan oleh pengguna terlibat.

Pencemaran dipercayai berlaku di Sungai Kembong yang membekalkan air mentah ke loji berkenaan. Loji itu pula dikatakan membekal 600 juta liter air bersih sehari kepada lebih 1.2 juta pengguna.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10