nuffnang ads

Saturday, September 4, 2010

LAKI ORANG PILIH BINI ORANG, DUDA PILIH JANDA.

PELIK-pelik hal yang berlaku di bulan Ramadan ini. Banyak sangat ceritanya yang menelanjang tubuh orang Melayu. Orang bukan Melayu bolehlah gelak, tapi jangan ejek. Hal yang sama juga berlaku di kalangan mereka. Cuma kerana bulan ini bulan umat Islam berpuasa, elok disentuh hal yang ada kaitan dengan orang Islam juga.

Kelmarin telah diceritakan sepasang kekasih songsang ditahan Jawi kerana berdua-duaan melayani nafsu nafsi dalam sebuah kediaman di Putrajaya. Si lelaki suami orang, si perempuan pula isteri orang.

Ahad lalu kira-kira jam 1.20 pagi di Pengkalan Balak, Melaka sepasang kekasih dicekup Pasukan Rukun Tetangga (RT) kerana entah apa mahu dibuatnya, berada di dalam sebuah rumah. Si lelaki seorang duda yang baru sahaja bercerai dengan isterinya. Si perempuan pula, seorang janda dari Pasir Panjang, Port Dickson.

Dalam dua kes yang diceritakan di atas memang melibatkan regu kekasih tetapi masih belum halal untuk berdua-duaan apatah lagi kalau melibatkan suami orang dengan isteri orang.

Tidak cukup dengan itu. Malam menyambut kemerdekaan juga telah cemar jadinya dengan penahanan 22 pasangan kerana terbabit 'berbincang dari hati ke hati' di dalam bilik hotel dan rumah tumpangan di sekitar Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Sementara di GeorgeTown pula telah tercatat sejarah apabila seorang remaja 19 tahun yang kantoi bersama dengan pasangannya di sebuah hotel, mengakui kehilangan dara pada malam menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 53.

Kalaulah sahabat saya bernama Lee itu tahu tentu dia tergelak dan berkata sebegini kepada saya: "Haiya kawan...apsal itu olang manyak bodo. Dia olang bukan tatak tahu haji selalu bikin spot check..apsal dia olang mahu buat itu macam? Manyak bodo punya olang"

Dan sehabis berhujah saya tahu, Lee akan ketawa sambil mengusap-usap perutnya yang boroi sebelum meminta izin untuk pergi ke rumah perempuan simpanannya. Dan selalu juga dia berpesan: "Helo kawan...ini lahsia haa...kalau wa punya bini tau, wa mati hooo..kalau wa punya bini ada tanya sama lu...kasi tutup mulut haa!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10