nuffnang ads

Sunday, September 5, 2010

KIRI KANAN, ATAS BAWAH, DEPAN BELAKANG ASYIK GUNA TAHI BABI

RASA-RASA MACAM TAK BOLEH SANGAT NAK MENGELAK. Mendengar pengakuan sahabat bukan Melayu tentang akrabnya perhubungan antara tahi babi dengan ladang buah-buahan dan sayur-sayuran, terasa saya mahu pulang ke negara asal saya Malaysia. Saya dah tak mahu mendengar, tanam sayur taruh baja babi, tanam tembikai taruh tahi babi, tanam tembikai susu pun sama, tanam belimbing pun sama. Hinggakan buat kolam ikan bela patin atau ikan keli pun masukkan tahi babi. Aduh..tahi babi dengan semua kegiatan itu amat intim hubungan mereka. Itu fasal saya mahu pulang ke Malaysia. Dah tak sanggup melihat dan mendengarnya.

Saya mesti balik ke Malaysia, negara asal saya yang majoriti penduduknya umat Islam. InsyaAllah ada sedikit jaminan daripada hal-hal yang haram berat itu. Tapi...saya lupa la sebenarnya. Nak pergi mana lagi. Inilah Malaysia tanah air saya. Yang terfikir dalam kepala tadi mahu pulang ke Malaysia hanyalah mainan perasaan akibat terlalu sebak mendengar semua benda mesti mahu dikaitkan dengan babi!

Demikian saya mendengar pengakuan sahabat tionghua saya yang pernah berkelana menanam sayur dan buah-buahan. Hutan mana, bawah kebel elektrik mana tak pernah diterokanya, Sebab itu dia tahu sangat, Tapi itu kisah dia dulu-dulu. Mengikut kisah kawan saya itu, babi bagi kalangan orang Cina adalah binatang serbaguna dan di atas sifat "MultiPurpose Holdingnya" itulah babi disayangi oleh orang Cina kerana selalu membawa untung.

Tapi orang Cina sebahagiannya pula tidak pernah terfikir babi adalah binatang paling 'malang' bagi umat Islam. Bukan sahaja tak berkenaan, haiwan jalan tunduk itu adalah haram hukumnya bagi orang Islam. Sedihnya banyak orang Cina tahu, tetapi kenapa masih tidak berusaha menggunakan cara lain dalam industri pertanian mereka. Jangalah gunakan baja tahi babi. Gunakanlah baja yang tidak diragui dan boleh menyebabkan orang Islam bangga kerananya! Isu baja tahi babi di ladang tembikai di Terengganu adalah contoh betapa kecewanya orang Melayu dan umat Islam!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10