nuffnang ads

Sunday, September 5, 2010

BANYAK SUMBANGAN KITA KE PAKISTAN. MANGSA PEMINDAHAN GUNUNG SINABUNG, INDONESIA YANG MELETUS TAK DERMA KE?,,,OPPSSS.

MEMANG TERKENAL DAN DIAKUI bahawa rakyat Malaysia adalah antara mereka yang pemurah. Buktinya setiap kali berlakunya bencana di luar negara, tak terkira banyak jumlah  wang ringgit, perubatan dan makanan didermakan untuk negara yang malang.

Terbaru membantu Pakistan dan rakyatnya yang terjejas teruk akibat banjir paling besar pernah berlaku di negara itu sehingga menyebabkan lebih 1 juta rakyatnya merana. Sifat suka menolong oleh rakyat negara ini memang wajar diteruskan demi atas nama kemanusiaan.

Sekurang-kurangnya kita sedia berkongsi kesedihan mereka. Budaya suka membantu eloklah dijadikan sebahagian daripada identiti rakyat negara ini, cuma janganlah sampai kita dicop bak kata pepatah, kera di hutan disusui, anak sendiri kelaparan.

Pakistan tentu tidak akan melupai kebaikan dan jasa baik rakyat negara ini kerana membantu mereka ketika didepani dugaan hebat.

Teringat pula negara jiran serumpun, Indonesia. Dianggarkan kini lebih 45,000 penduduk berhampiran Gunung Berapi Sinabung yang dalam peringkat letusan paling kuat, dikatakan kekurangan bekalan. Tak teringinkah rakyat negara ini membantu? Sekadar bertanya..opsss.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10