nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

DUA KISAH CINTA TAK SAMPAI: BUAT ORANG HILANG AKAL

Di BUKIT TINGGI Klang, seorang ibu yang juga guru di sebuah sekolah sanggup mendera seorang pelajar lelaki, hanya kerana pelajar lelaki itu bertindak memutuskan hubungan dengan anak perempuannya. Pelbagai cara dilakukan oleh guru wanita itu, termasuk membuat laporan kepada pengurusan sekolah, konon bekas teman lelaki anaknya itu tidak berdisiplin.
 
Tidak cukup mendera mental pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan di sekolahnya, guru wanita itu juga meminta sekumpulan pelajar lain yang menganggotai pasukan bola sekolah, memukul dan mencederakan pelajar berkenaan di luar pintu pagar sekolah.

Sebelum ini, guru wanita berkenaan amat menyayangi pelajar berkenaan, termasuk hampir setiap hari menghantar pulang menaiki keretanya dan sering menjemput makan malam bersama. Namun selepas hubungan anak perempuannya dan pelajar lelaki di tingkatan empat itu terputus, dia terus berubah sikap berdendam.

Di Ampang pula, gara-gara meminta hubungan mereka diputuskan, seorang lelaki sanggup mengugut untuk menghantar kumpulan samseng merogol dan membogelkan bekas teman wanita yang berusia 20-an. Malah lelaki itu turut mengugut akan melanggar adik lelaki bekas teman wanitanya dalam tempoh terdekat jika hubungan mereka tidak kembali pulih.

Berikutan itu, wanita pekerja kilang berkenaan membuat laporan polis mendakwa diugut. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd Jalil Hassan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan berbaur jenayah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10