nuffnang ads

Monday, September 20, 2010

UPDATE: KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH TERTEMBAK RAKAN KETIKA BERBURU

PELURU TAK BERMATA. Kemungkinan tertembak dan tidak disengajakan dipercayai punca kejadian seorang kakitangan Risda, Abdul Ghani Midon, 49, tertembak oleh rakan sendiri dalam satu kejadian dilaporkan kira-kira jam 5 petang.

Lebih mengejutkan ialah orang yang tidak sengaja menembak itu adalah Ketua Polis Daerah (KPD) Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hutan Simpan Kemasul, di Pahang apabila mangsa dan Ahmad Fadzillah dikatakan sedang berburu secara berpasukan.

Bagaimanapun, tidak semena-mena KPD Temerloh itu dikatakan terlihat sesuatu disangkanya binatang lalu melepaskan tembakan. Namun jangkaan beliau silap apabila binatang yang disangkanya itu adalah Abdul Ghani sendiri.

Akibat tembakan senapang patah milik Ahmad Fadzillah itu, Abdul Ghani mengalami luka di beberapa bahagian mukanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10