nuffnang ads
Monday, September 20, 2010
PUPUT DAN SERLY DIBERKAS POLIS KERANA MENJUAL ANAK DARA
DUA wanita dikenali sebagai Puput dan Serly ditahan polis Surabaya kerana terbabit dalam memperdagangkan remaja berusia 17 hingga 21 tahun sebagai teman seks kepada lelaki berhidung belang di sekitar bandaraya itu.
Mereka ditahan polis ketika sedang membekalkan beberapa gadis untuk dijadikan teman tidur lelaki semalam. Jurucakap polis, Anom Wibowo mengesahkan penangkapan itu dan percaya ia dapat melumpuhkan sindiket pemerdagangan wanita di Surabaya.
Menurut Serly, tugas beliau dalam sindiket itu adalah untuk mencari perempuan muda yang mahukan kemewahan bekerja sebagai pelayan seks. Sementara Puput pula ditugaskan mencari pelanggan.
Siasatan polis mendapati kedua-duanya amat licik menjalankan kegiatan itu apabila hanya menggunakan telefon bimbit dan gambar gadis pelayan seks kepada mana-mana lelaki yang boleh dihubungi. Pelanggan hanya perlu menghubungi semula dan memberitahu gadis mana yang mereka minati.
Setakat ini difahamkan, Puput dan Serly mengenakan bayaran di antara RM150 hingga RM200 bagi setiap pelayan seks, manakala pelayang seks yang baru berjinak atau masih dara akan dijual pada harga RM350. Daripada jumlah itu Puput dan Serly akan mengenakan komisen sebanyak 35 peratus sebagai upah mereka.
Setiap gadis yang dipesan itu pula akan dihantar ke hotel-hotel penginapan pelanggan di sekitar bandaraya, atau tempat yang sesuai untuk mereka mencari keenakan.