nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

DOAKAN SOOSILAWATI DITEMUI

SEMUA pihak digesa mendoakan agar polis berjaya menemui Datuk Soosilawati Lawiya yang hilang sejak 30 Ogos lalu dan kembali kepada keluarganya dalam keadaan selamat.

Berdasarkan kesungguhan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mengesan beliau bersama tiga lagi yang lain, polis dipercayai mampu merungkai kes ini dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, anak Soosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, memberitahu Mohd Jamilul Anbia dari Harian Metro, ada pihak cuba mengambil kesempatan mensabotaj perniagaan sepanjang ketiadaan ibunya. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan Erni berharap semua stokis dan pelanggan tidak gusar.

Seorang pengamal perubatan tradisional yakin, polis mampu melaksanakan tugas ini dan percaya Soosilawati InsyaAllah akan ditemui sebelum Aidilfitri.

Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai maklumat diminta terus menyalurkannya kepada pihak polis. Setakat ini orang ramai telah menunjukkan kerjasama amat tinggi termasuk dalam menyalurkan maklumat sehingga penemuan kereta mewah milik Soosilawati. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10