nuffnang ads

Saturday, September 4, 2010

KEMATIAN USTAZAH NORLIZA DAN ANAKNYA MENYAYAT HATI

SUDAHLAH berjauhan daripada suami tersayang, impian allahyaham Norliza Ishak, ustazah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson untuk meraikan Aidilfitri bersama anaknya di Kampung mereka di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, Kelantan kini hanya tinggal kenangan.

Tiket telah ditempah dan segala persiapan telah dibeli, namun angkara perbuatan manusia tidak berhati perut mereka dibunuh dalam keadaan paling menyayat hati. Dan tentunya sahabat allahyarham, Norhayati Zainudin, 25, yang bersama menemani allahyarham membeli belah pada hari sebelumnya, mengongsi sedih yang tidak terperi.

Apatah lagi, Norhayati juga telah berjanji untuk menghantar allahyarham ke Stesyen Bas Terminal One menaiki bas bersama anaknya untuk pulang ke kampung pada jam 10 malam Jumaat.

Menatap wajah allahyarham dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof, hiba rasanya hati. Di manakah letaknya perikemanusiaan mereka yang kejam itu sehingga tergamak memperlakukan kedua-dua beranak itu sedemikian laku.

Kepada keluarga allahyarham, termasuk suaminya yang tidak sempat bersama meraikan kemeriahan Aidilfitri seperti dijanjikan, bersabarlah menerima dugaan ini.

Dan kepada masyarakat setempat marilah bersama membantu polis menjejak mereka yang terbabit supaya dapat dibawa ke muka pengadilan. Perbuatan kejam sebegini tidak boleh dibiarkan dan saya amat yakin mereka yang terbabit akan dapat diberkas dalam tempoh terdekat.

Bersama Alfatihah diiringi doa semoga roh mereka dtempatkan di sisi golongan mereka yang beriman. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10