nuffnang ads

Saturday, September 4, 2010

KATY LIM LI LIAN GUNA GAMBAR BUDAK KECIL DALAM FACEBOOK BARUNYA!

BEBERAPA perisik siber percaya Katy Lim Li Lian yang menghina Allah dan Islam dalam laman facebooknya sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan pelbagai pihak mendesak dia ditahan, kini telah berpindah ke dalam laman facebook barunya.

Dengan mempunyai lebih 400 teman facebooknya, Katy dikatakan menggunakan gambar kanak-kanak kecil perempuan sebagai melindungi identitinya daripada diketahui mereka yang amat marah dengan tindakannya menghina Allah dan Islam baru-baru ini.

Malah dia tidak lagi menggunakan nama Katy sebaliknya menggunakan nama baru bermula daripada huruf L. Usaha beberapa pihak mengesan laman facebook itu percaya, tindakan itu dibuat kerana dia mulai risau berikutan semakin banyak pihak mendesak tindakan keras diambil terhadap perbuatannya yang menghina agama Islam.

Semalam, Gempur, sebuah badan bukan kerajaan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Putrajaya, meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Katy Lim Li Lian.

Presiden Gempur, Mohd Hisamudin Yahya, yang membuat laporan itu jam 10.30 pagi, berharap tindakan tegas diambil kerana penghinaan laman facebook milik Katy Lim Li Lian itu amat sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan kerana menyentuh kemuliaan Islam.

Seperti dikatakan sebelum ini, Li Lian mesti bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya. Perbuatannya melukai hati umat Islam bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Sekarang banyak orang mulai bertanya: MANA LU MAU LARI?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10