nuffnang ads

Wednesday, September 8, 2010

KEHILANGAN NORHISHAM DIRINDUI KELUARGANYA

KELUARGA pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, yang hilang bersama Datuk Soosilawati Lawiya, tetap menaruh harapan kepulangannya walaupun hati mereka semakin hambar mengenangkan Aidilfitri yang semakin tiba.

Sambil memohon orang ramai membantu, bapa mentua pegawai bank itu, Radin Bangat Ishak, tidak dapat menahan kesedihannnya apabila mengakui kehilangan menantunya amat dirasai oleh keluarganya.

"Tanpa menantu pada hari raya ini memang hati terasa tawar. Memang biasanya dia ada, tapi kini kami hanya menanti beritanya. Kami haraplah orang ramai akan terus membantu," katanya ketika ditemuramah TV3 petang tadi.

Siang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Sulaiman Tahir bersama lima pegawai bank berkenaan menziarahi keluarga Norhisham untuk memberi kata-kata semangat dan berkongsi kesedihan di atas kehilangannya.

Norhisham adalah salah seorang daripada tiga lelaki yang bersama Soosilawati dilaporkan hilang selepas mereka berjumpa dengan seorang peguam di Banting bagi urusan jual beli tanah. Turut hilang ialah peguam, Ahmad Kamil dan pemandu Soosilawati, Kamarudin.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan nasib kesemuanya walaupun tiga kereta milik Soosilawati, Ahmad Kamil dan Norhisham telah ditemui dua hari lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10