ADA YANG BERSUARA menyatakan sebenarnya budak Katy Lim Li Lian itu bukan warganegara Malaysia. Dia warganegara jiran selatan. Dan untuk menyedapkan cerita, ada juga orang yang mempunyai nama sama terkena tempias secara sia-sia. Gara-gara perbuatan menghina Allah yang dilakukan manusia bernama Katy Lim Li Lian di dalam laman facebooknya banyak orang menggali rahsia semakin dalam siapa budak itu sebenarnya.
Tapi itu tak penting. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan tindakan tegas akan diambil. Makna tegas itu mestilah difahami sebagai keras, berkesan, segera, tiada tolak ansur dan menjadi ingatan kepada yang lain. Selepas 24 jam, seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Mungkin semua orang sibuk mahu pulang Raya. Dan si Katy sempat meninjaukan mukanya daripada tingkap laman facebooknya dengan gelak pekat macam orang gila!
Maksud tindakan tegas di sini ialah tindakan pantas menyiasat dan menahan perlu dilakukan. Apakah kita bimbang Soi Lek atau Kit Siang akan membantah. No..No..No.. bukan correct...correct...correct. Agensi kita ada hak. Ini soal bukan kecil beb. Ini soal kesalahan telah berlaku kerana menghina Islam dan Allah.
Kita tidak mahu pula nanti air liur Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang meminta tindakan tegas diambil mengalir macam itu sahaja menjadi sungai yang akhirnya dikenali sebagai Sungai Air Liur Basi.
Kalau betul dia warganegara Singapura, apa masalahnya pulak? Selagi dia manusia yang telah menghina Islam, kita carilah cara untuk menghukumnya. Tapi janganlah lama sangat sampai budak tu tepu lemak!