NAMPAKNYA Norman Hakim terpaksa berdepan halangan, di saat majlis pertunangannya dengan artis muda, Memey atau Suhaiza Suhaimi dijangka berlangsung pada 13 September ini.
Dengan hanya beberapa hari lagi majlis itu akan berlangsung, bekas isteri Norman, Abby atau nama sebenarnya Arbaieyah Abdul Manan tampil mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
"Kalau betul mereka nak bertunang, alhamdulillah tetapi ada SESUATU YANG SANGAT PENTING yang perlu Norman selesaikan dengan saya terlebih dulu. Selepas itu bolehlah Norman teruskan pertunangan," kata Abby.
Sesuatu yang sangat penting yang terkeluar dari celah bibir Abby yang masih jambu itu, tentulah menimbulkan tanda tanya kepada peminat artis berkenaan. Puas ditanya, Abby hanya memberitahu biarlah benda yang penting itu hanya dia dan Norman sahaja yang tahu. Maknanya, benda itu memanglah penting dan Norman mesti menyelesaikannya dulu, sebelum dia boleh bertunang dengan Memey 13 September ini.
Benda sangat penting yang masih menjadi rahsia itu dicatatkan Ramlah Zainal, wartawan Harian Metro di dalam akhbar berkenaan.
Tentulah mood menjelang pertunangan akan terjejas sedikit buat Norman, namun jika benar ada yang sangat penting, dia mesti cuba menyelesaikannya dengan Abby secara baik. Norman dan Abby mempunyai 3 anak hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini.
Mereka, Mohamed Danish Hakim, tujuh tahun, Marisa Dania Hakim (5) dan Matia Danisha Hakim (2) yang masih di bawah jagaan Abby.