KETUA DEWAN SMC INDONESIA, Syahganda Nainggolan mendakwa Indonesia tidak memperolehi apa-apa, hasil pertemuan menteri luar kedua-dua negara dalam perbincangan Suruhanjaya Bersama Kerjasama Bilateral yang berlangsung di negara ini, 6 Ogos lalu.
Malah menurutnya, perbincangan itu hanya meletakkan Indonesia semakin tidak bermartabat kerana Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa gagal memaksa Malaysia memohon maaf kepada kerajaan negaranya di atas insiden penangkapan tiga pegawai lautnya.
Menurut Syahganda, tidak ada gunanya Indonesia hadir pada pertemuan itu jika hasilnya gagal memaksa Malaysia memohon maaf di atas penangkapan pegawai laut yang telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Indonesia.
Apatah lagi katanya, Malaysia telah sewenang-wenangnya memalukan Indonesia dengan membuat laporan polis berhubung penangkapan pegawai laut yang dakwanya memang berlaku di dalam kawasan perairan negara mereka.
"Kok kita seperti enteng saja menerima segala keterangan Malaysia dalam pertemuan itu yang langsung tidak sesuai dengan faktanya" kata Syahganda dipetik dalam bahasa Indonesia.
*Lhoo...apa lagi yang enggak puas hati ya bung?