nuffnang ads

Thursday, September 9, 2010

GUNTING DALAM LIPATAN DAN MUSUH DALAM SELIMUT

KAWAN saya setuju kalau gunting dalam lipatan merujuk kepada musuh yang tidak disangka, yang boleh membantai kita dari dalam. Yalah, kata kawan saya. Gunting kalau dah masuk dalam lipatan kain, silap gaya, lunyai kain dikerjakannya. Usahkan kain, kalau kena jari orang pun, mak datuk boleh putus jari dimakan gunting!

Tapi kawan saya tak berapa setuju pepatah musuh dalam selimut. Katanya, biasanya kalau dah masuk dalam selimut, jarang yang jadi musuh. Jadi rakan kongsi bolehlah, tambahnya lagi! Apa pun, pepatah itu memang selalu boleh dipakai dalam kehidupan kita ini. Macam juga harapkan pagar, rupanya pagar mentedarah padi! Akibatnya, apa yang diharapkan supaya segalanya baik, akhirnya boleh bertukar kepada yang tidak elok sehingga kadang -kala membawa kepada tragedi.

Dek kerana itu, dalam kehidupan ini ada satu senjata yang harus kita gunakan setiap masa bagi mengelak daripada terkena gunting dalam lipatan atau pagar yang makan padi. Senjata itu ialah berwaspada! Biasanya, gunting nampak elok dan pagar nampak cantik berbaris, tetapi di sebalik elok yang kita lihat itu, mungkin banyak buruknya.

Sekali kita terlajak atau terleka, musuh paling dekat ini tak akan memberi peluang untuk kita lepas dari genggamannya. Kadang kala kita boleh kehilangan harta dan wang ringgit. Kadang-kala kita boleh sehingga kehilangan nyawa. Demikian buruknya apabila musuh paling dekat ini tidak kita pagar dengan sikap berwaspada.

Nasihat saya secara ikhlas dalam kehidupan ini ialah biarlah kita berwaspada kerana musuh yang paling senang menjadikan kita mangsa adalah orang yang paling rapat dengan kita!

Oleh kerana minda terlalu letih, saya masukkan entry ini sebagai catatan penuh makna. Renung-renungkanlah.
Berhati-hati dengan gunting dalam lipatan. Berhati-hati dengan pagar yang makan padi!

Dan kepada semua, jangan lupa mendoakan semoga Datuk Soosilawati dan mereka yang hilang bersamanya selamat kembali menjelang Aidilfitri lusa. Kita tadahkan doa sebanyak mungkin untuk mereka. Kepada ahli keluarga mereka, diharapkan banyak-banyak bersabar. Allah menduga kita tanpa kita jangka. Saya mengongsi kesedihan anda. Percayalah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10