nuffnang ads

Thursday, September 9, 2010

KERAJAAN MESTI BERTINDAK KE ATAS NAMEWEE DAN KATY LIM LI LIAN!!!!!

KELEMBAPAN kerajaan untuk bertindak ke atas Namewee dan Katy Lim Li Lian kerana mencetuskan isu berbaur rasis dan keagamaan adalah amat menyedihkan. Saudara Hisahmudin mesti kelihatan sebagai menteri yang jelas dan tegas.

Hal-hal berkaitan menghina kaum dan agama mesti dilaras dengan tindakan cepat dan betul. Kita tidak peduli apa sekalipun alasan, hakikatnya soal kaum dan agama tiada kompromi. Ternyata Katy Lim telah menghina Allah dan PM, TPM sendiri meminta tindakan diambil. Tapi mana tindakannya? Tolong tunjuk kepada rakyat supaya rakyat melihat undang-undang telah ditegakkan!

Kalau setakat berkata itu ini, tetapi habuk pun tidak ada lebih baik tidak payah. Kita mahu semua orang menghormati hak orang lain. Kalau dia menghina, kenakan tindakan. Setakat laporan polis tapi kalau tak ada tindakan, buat peraturan setebal khemah pun tak dapat mengatasi masalah.

Penghinaan kaum dan penghinaan agama mesti ditangani secara tegas. Siapa buat dia kena! Tak kiralah bangsa atau agama. Sekarang rakyat sedang memerhatikan tindakan ke atas Namewee dan Katy Lim. Rakyat terutama orang Melayu dan Islam yang terhina ada hak mahu tahu apa tindakan yang telah diambil sebab mereka telah terhina!

Sekarang bukan zaman cakap dan baca petikan ikut buku beb. Itu zaman Jepun. Sekarang zaman kerja dan buat bukan cakap dan diam!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10