SEKURANG-KURANGNYA dua terbunuh apabila sebuah teksi terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori pasir di lebuhraya berdekatan persimpangan Bukit Jelutong, Shah Alam sebentar tadi.
Teksi Proton Iswara merah dikatakan melanggar bahagian belakang lori berkenaan menyebabkan kenderaan itu remuk dan mangsa yang masih belum dikenali tersepit.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kra jam 4 petang tadi.