Mahkamah Majistret Sepang hari ini mengeluarkan perintah tanahan reman selama seminggu ke atas dua suspek bagi membantu polis menyiasat kes kehilangan seorang jutawan India.
Majistret Hurman Hussein mengeluarkan perintah itu bagi membantu siasatan kehilangan jutawan berkenaan selepas dia dilaporkan ghaib ketika berurusan dengan seorang peguam yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain di Banting.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit memeras ugut isteri ahli perniagaan itu, S Usharani, 24, wang sebanyak RM100,000 sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus bagi membebaskan suaminya, Allal Kanthan Muthuraja, 34.
Dengan perkembangan itu, polis kini dipercayai semakin melebarkan siasatannya membongkar pembunuhan demi pembunuhan yang dipercayai ada kaitan dengan dua peguam adik beradik di sekitar daerah Kuala Langat.