nuffnang ads

Saturday, September 18, 2010

BERHATI-HATI DI BUKIT MELAWATI. KAMERA TERTUTUP PENGALAMAN BIASA MENGAMBIL GAMBAR DI SITU

BUKIT MELAWATI di Kuala Selangor adalah antra lokasi bersejarah yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara. Di sana banyak tinggalan sejarah yang boleh dilihat, terutama membabitkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan  kesultanan Melayu terdahulu.

Malah setiap tahun, Bukit Melawati juga menjadi antara lokasi wajib bagi umat Islam kerana di situlah antara tempat untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh berpuasa atau menyambut Aidilfitri.

Namun di sebalik itu semua, tidak ramai yang tahu banyak kejadian ganjil menimpa pelancong di sekitar kawasan itu sehingga ada di antaranya gagal dilupakan bagi mereka yang pernah berdepan pengalaman luar biasa itu.

Antara kejadian pelik sering menimpa pelancong ialah kegagalan kamera berfungsi apabila mahu merakamkan kawasan tertentu untuk dijadikan kenangan apabila pulang.

Penulis turut mengalami kejadian pelik itu sebanyak dua kali. Terakhir pada tahun lalu apabila mahu merakamkan gambar di sebuah makam lama. Lebih setengah jam, pelbagai usaha dilakukan untuk membaiki kamera, tetapi usaha itu ternyata gagal.

Setiap kali shuttle dipetik, lensa tertutup dan tidak bergerak. Peliknya apabila kamera itu dibawa ke kedai di bandar Kuala Selangor, pemilik kedai itu selepas membuat pemeriksaan menyatakan tiada sebarang kerosakan. Malah kamera itu boleh pula berfungsi seperti biasa.

Untuk menguji kejadian pelik itu, penulis kembali semula ke bukit berkenaan dan cuba merakamkan gambar yang sama. Namun hal pelik itu berulang apabila kamera masih juga tidak berfungsi.

Dan selepas mendengar kata-kata seorang yang biasa datang ke situ, barulah saya faham. Peristiwa aneh itu bukan menimpa saya sahaja, tetapi telah banyak pengunjung mengalami kejadian yang sama. Kata lelaki separuh usia itu, apabila kejadian itu berlaku, bersyukurlah. Tambahnya, itu menunjukkan kita berpeluang mengalami kejadian-kejadian yang jarang dilalui oleh orang lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10