nuffnang ads

Saturday, September 18, 2010

AGAK-AGAKNYA MACAM MANALAH KEADAAN PEGUAM DALAM LOKAP TU..

AGAK-AGAKNYA macam manalah keadaan peguam dalam lokap tu sekarang ni ya. Tentu tengah dilayan-layan borak oleh anggota dan pegawai polis agaknya ya.

Mungkin sekarang dia terfikir-fikir apa yang akan berlaku esok, lusa, tulat dan hari-hari berikutnya. Tentu juga sesekali dia cuba berfikir kalau-kalau ada ruang untuk dia melepaskan diri daripada dakwaan nanti.

Masa inilah dia mungkin terfikir betapa sempitnya dunia apabila dikurung di dalam lokap. Tentu dia teringatkan waktu-waktu di luar sebelum dia diberkas polis. Tentu dia terbayang saat-saat indah berkaraoke dan minum-minum di chalet dalam ladangnya. Tapi sekarang waktu-waktu indah itu telah tiada. Di kiri tembok, kanan tembok di belakang tembok. Di depan ada jeriji besi.

Dulu masa jadi peguam, tentu cakapnya berdegar-degar. Apabila jumpa pelanggan, habis semua dia kontrol hebat dan bergaya. Tapi kini barulah agaknya dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Mungkin bangun pagi dia terngigau-ngigau mencari kemeja, tali leher, stokin, kasut berkilat dan beg James Bond! Mungkin juga setiap kali bangun daripada tidur yang tentunya kerap terganggu oleh mimpi ngeri, dia menggosok-gosokkan muka, sambil berharap itu semua adalah mimpi.

Masa semakin dekat. Waktunya semakin sampai. Barangkali dia semakin buntu dan keliru. Fikiran dan perasaannya kerap sahaja kelabu dan bercelaru. Nasihat terbaik ialah, bersabarlah banyak-banyak seperti mana sabarnya waris-waris insan yang telah menjadi mangsa kerakusan dan kezalimannya.

Ingatlah! Kematian tetap mendatangi setiap manusia. Ingatlah! Kematian...kematian...kematian..

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10