nuffnang ads

Friday, September 10, 2010

ARIEL MAHU BEBAS CEPAT: CUT TARI DESAK PENYANYI ITU MENGAKU

ARIEL yang ditahan lebih dua bulan di penjara ekoran kes video lucahnya bersama Cut Tari dan Luna Maya dilaporkan semakin bosan tinggal di dalam jeriji besi. Dia dikatakan sering mendesak peguamnya, Aga khan supaya melakukan sesuatu bagi dia mendapatkan semula kebebasan di luar.

Namun Cut Tari yang amat kesal dengan sikap Ariel enggan mengaku dia lelaki yang dirakamkan dalam video sebelum ini berkata, Ariel akan terus merengkuk selagi dia enggan membuat pengakuan. Kata Cut Tari, jangan harap kebebasan akan mudah diperolehinya selagi dia enggan mengaku.

Cut Tari yang amat sedih kerana sikap tidak bertanggungjawab Ariel enggan mengaku terbabit dalam video lucah itu, berharap Ariel menjadi lelaki sejati. Lelaki sejati kata Cut Tari adalah lelaki yang bersedia mengaku bersalah di atas setiap kesalahannya.

Selama ini sikap enggan mengaku salah itu telah menyebabkan Cut Tari terasa dirinya amat terhina. Masyarakat memandangnya penuh serong.

Sementara itu, Luna Maya pula dikatakan mahu meraikan Aidilfitri ini di sisi Ariel. Menurut Aga Khan, anak guamnya itu telah mendesaknya mendapatkan kebebasann sementara untuk dia menikmati Aidilfiitri bersama kekasihnya itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10