nuffnang ads

Friday, September 10, 2010

MARI CARI G THIYAGARAJAN. DIA DIKEHENDAKI POLIS

MARI sama-sama cari di mana G Thiyagarajan 35, berada. Dia kini dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam kes cubaan culik dua remaja dan rogol seorang remaja berusia 17 tahun di daerah Teluk Intan baru-baru ini.

Lelaki amat dikehendaki itu memiliki kad pengenalan bernombor 751101-08-5549. Dia dikatakan beralamat di Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang meminta orang ramai yang pernah terlihat atau mengenali lelaki itu supaya menghubungi pihak polis dengan segera. Mereka boleh menghubungi DSP Chan Kuang Yu menerusi talian 019-2300999 atau balai polis terdekat.

Dalam satu kejadian kira-kira jam 5 petang 20 Ogos lalu, Thiyagarajan dikatakan memperdaya seorang pelajar 17 tahun berbasikal yang kemalangan dengan menawarkan bantuan. Pelajar itu dibawa menaiki kereta, tetapi dia dikelentong apabila perogol tarbus itu membawanya ke tempat sunyi sebelum dirogol.

Sehubungan itu, mari kita cari maklumat tentang lelaki ini. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10