GAMBAR MENCERITAKAN segala-galanya. Jika dulu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching digasak habis kerana menyerahkan sumbangan kepada surau di Kajang sehingga memaksa pengurusan surau itu diambil alih oleh Mais. Malah Sultan Selangor murka kerana perbuatan itu.
Kini, dalam blog ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula tertera gambar ahli parlimen Hulu Selangor, Kamalanthan berada dalam masjid menyerahkan replika cek. Satu lagi gambar menunjukkan Kamalanthan turut memegang khat bertulisan jawi sebagai sumbangan kepada peserta gotong-royong.
Mungkin media boleh memaparkan semula gambar ini tetapi janganlah sampai dikatakan Kamalanthan sedang menyampaikan tazkirah!
Sedikit pertanyaan di kalangan rakyat yang rasional fikirannya ialah apa bezanya antara Kamalanthan dan Teo dalam kes memasuki rumah ibadat Islam ini. Tidak ada pula yang melenting sehingga menjulang tangan berapi-api ke langit, marah dan kononnya terhina.
Demikianlah dunia. Politik itu adalah sumpah-sumpah yang akan bertukar warna mengikut kepentingan hidupnya! Terima kasih YB Khalid Samad