nuffnang ads

Saturday, September 18, 2010

SEKOLAH BUDAK MENGANDUNG DIBUKA DENGAN RASMINYA DI MELAKA

SEKOLAH BUDAK MENGANDUNG atau nama saintifiknya SEKOLAH HARAPAN dibuka dengan rasminya semalam. Tidak seperti pembukaan sekolah unik sebelum ini, tiada majlis gilang gemilang diadakan sebagai menyambut pembukaan sekolah itu.

Dan paling menakjubkan, tiada lagi pengambilan (budak-budak mengandung) setakat ini. Namun peruntukan sebanyak RM500,000 telah diumumkan untuk pengurusan sekolah berkenaan.

Soalan pelik dan jawapan lucu ialah apabila mendengar kata-kata: "Ini adalah sesuatu yang baru, mungkin masyarakat mengambil sedikit masa untuk menerimanya.Mungkin sekarang tiada lagi pelajar, TAPI TAK LAMA LAGI ATAU MASA AKAN DATANG, ADALAH ANAK-ANAK GADIS REMAJA YANG DATANG KE SINI MEMINTA PERLINDUNGAN"

Sekolah itu akan menerima 'siswi' tingkatan dua hingga tingkatan lima dan dijangka mampu menerima sehingga 40 pelajar pada satu-satu masa.

Ayuh...anak-anak muda yang telah terlanjur dan perut telah berisi bukan sahaja dengan lemang atau kuih raya. Sila datang dapatkan perlindungan. Jangan buang bayi anda di tepi jalan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10