Kerajaan Melaka telah memperuntukkan RM500 juta untuk RUMAH HARAPAN bagi menampung nasib remaja yang terlanjur. Dan siang tadi lima pelajar pertama mendaftarkan diri. Murahnya kerajaan Melaka, bukan semua datang dari negeri itu, tetapi ada diambil dari negeri lain.
Melihat kesungguhan Tok Ali merestui Rumah Harapan, terpanggil pula untuk mengulas keluarga Esah Mohamad, 66, dan suaminya Ismail Abdullah, 65, di Kampung Pengkalan Rama Pantai. Tiba-tiba sahaja terkenang cerita antara dua darjat.
Yang terlanjur dibela sungguh-sungguh. Yang melarat seperti Esah dan suaminya Ismail kenapa tak tersentuh pula perasaan kita? Tengoklah sendiri keadaan rumah mereka. Lantai separuh tanah dan separuh kayu! Atap Zink pula berubah bentuk seperti atap rembia. Dipandang segan, dilihat tak sampai hati! Dan bagi memberi kekuatan agar rumah itu tidak menyembah bumi, mereka terpaksa menggunakan kayu sebagai tongkat!
Pertanyaan di sini ialah, di mana lebih penting. Membina rumah harapan atau dengan kos RM500 juta itu digunakan buat membina 500 rumah penduduk miskin seperti Esah dan Ismail? Kita tak berjumpa neraca yang sesuai untuk mengukur tahap kepentingan ini. Namun sebagai manusia, kita mempunyai akal dan perasaan!
Kalau Tok Ali tak percaya betapa daifnya rumah pasangan warga emas itu, eloklah ajak wakil Harian Metro melawat rumah berkenaan. Jangan diajak wakil Singalautmetro!