MENURUT laporan, ujian DNA bagi pengesahan identiti Datuk Sosilawati mungkin mengambil masa sedikit kerana ada perbezaan waktu antara ujian ke atas tulang dan darah.
Namun polis yakin laporan penyiasatan mereka akan siap dan dihantar ke pejabat peguam negara untuk penilaian bagi proses pendakwaan.
Walau apapun rintangan, betapa lama pun masa diambil, masyarakat tetap menunggu. Keadilan mesti ditegakkan untuk semua waris mangsa yang terbunuh.
Melihat wajah hiba waris-waris yang menjadi mangsa remuk juga hati di dalam.
Memandang wajah selamba suspek, terdetik marah bukan kepalang.