nuffnang ads

Monday, September 20, 2010

MANA PERGI SEMUA DOKTOR MALAYSIA?

PERTANYAAN INI amat jujur dan tidak ada unsur-unsur politik. Malaysia mengalami kekurangan doktor yang amat sangat, atau doktor-doktor di Malaysia ini sememangnya masih banyak yang belum balik bercuti? Atau tak seorang pun tahu, rupanya doktor di beberapa hospital kerajaan mogok nak naik gaji?

Sahabat yang pergi mendapatkan rawatan di Hospital Selayang minggu ini mengeluh. Katanya, punyalah lama nak menunggu giliran mendapatkan rawatan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sahabat itu pun tanya-tanyalah pada jururawat yang ada. Senang saja jawab mereka, doktor tak cukup!

Kebetulan hari ini saya ke Hospital Sungai Buloh, Selangor yang dikatakan antara tercanggih. Memang pun, saya tak boleh kutuk soal yang itu. Canggih betul. Betul-betul canggih.

Cuma hal yang berlaku dan menimpa sahabat saya di Hospital Selayang rupanya turut dirasai di Hospital Sungai Buloh ini. Kali ini masalah kekurangan doktor bukan terdengar daripada cakap-cakap jururawat atau petugas hospital itu sendiri, tetapi terpampang notis besar mengenainya!

Bunyi notis begini: "KAMI MENGALAMI KEKURANGAN DOKTOR. PROSES BERJUMPA DOKTOR MENGAMBIL MASA LAMA. DIHARAP SEMUA BERSABAR. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA"

Notis tanpa tandatangan dan tanpa cop itu tertampal pada tiang bangunan tidak jauh dari kaunter 18 di tingkat dua hospital berkenaan.

Saya terus tertanya-tanya. Saya terus terkenang-kenang. Kalaulah boleh dipusingkan waktu, mahu sahaja saya mengambil kursus perubatan dan menjadi doktor. Sekurang-kurangnya tak terdengarlah keluhan pesakit yang marah-marah kerana menunggu lama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10