nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

AHLI PERNIAGAAN INDIA, DISAHKAN DIBUNUH, DIPERCAYAI ANGKARA PEGUAM

TEKA TEKI nasib seorang ahli perniagaan India yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini selepas berjumpa dengan peguam yang juga suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain akhirnya terjawab hari ini.

Hari ini, polis mengesahkan ahli perniagaan itu, Allal Kathan Muthuraja bukan hilang tetapi dibunuh, dipercayai angkara kumpulan diketuai peguam adik beradik di Banting.

Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar: "Saya sahkan mangsa telah dibunuh hasil daripada petunjuk dan beberapa keterangan yang dikumpulkan".

Dengan pengeshan itu, kini jumlah mangsa yang disahkan mati secara kejam di tangan peguam pembunuh itu semakin bertambah. Dan siasatan kes orang hilang yang dibuka polis sejak dulu, kini kes berkenaan ditukarkan kepada kes bunuh.

Semalam, isteri Muthuraja, Usharani, 24, dilihat dibawa ke ladang Gadong, di Tanjung Sepat, dipercayai bagi membantu siasatan polis berhubung kematian suaminya.

Sementara itu, penemuan seutas jam tangan dipercayai milik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Mohd Shafik Abdullah dikatakan turut menjurus kepada pertambahan jumlah mangsa bunuh peguam berkenaan. Jam tangan itu ditunjukkan kepada isteri mangsa, Samson Nahar Mohamed Dali oleh pegawai polis.

Menurut Samson, beliau yakin jam yang ditemui itu adalah milik suaminya tetapi tidak tahu daripada lokasi mana polis menjumpainya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10