nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

WINFAIDAH, MANGSA DERA DAN ROGOL DISAHKAN MANGSA PEMERDAGANGAN OLEH KERAJAAN INDONESIA

KERAJAAN Indonesia mengesahkan, pembantu rumah warganya, Winfaidah, 26, yang menjadi mangsa dera dan rogol majikannya di Pulau Pinang adalah mangsa sindiket pemerdagangan dan bekerja secara haram di negara ini.

Ketua Bahagian Tenaga dan Transmigrasi Indonesia, Lampung Setiato, memberitahu Kompas.Com Winfaidah hanya menggunakan visa pelancong untuk datang ke Malaysia dan sepatutnya tidak layak bekerja sebagai pembantu rumah.

Menurut Setiato, berdasarkan rekod pihaknya mendapati Winfaidah pernah membuat permohonan pasport di Indonesia menerusi agen PT Nuraini Indah di Jakarta bagi tujuan permohonan bekerja di Singapura. Bagaimanapun, dia dikatakan tidak layak kerana gagal melepasi ujian Bahasa Inggeris yang dikenakan di Singapura.

Bagaimanapun, Winfaidah kemudian dikatakan pergi ke Batam dan memasuki Malaysia dan sempat bekerja dengan dua majikan yang berbeza sebelum dia ditemui ditinggalkan di tepi jalan oleh majikan terakhirnya, pasangan suami isteri yang kejam.

Setiato juga mengesahkan pemeriksaan dan penelitian rekod di pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang juga mendapati, nama Winfaidah tidak wujud. Sehubungan itu, amat jelas mangsa dera itu masuk dan bekerja secara haram di negara ini.

Walaupun dia disahkan masuk secara haram, namun penderaan ke atas dirinya menjadi perhatian Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudoyhono. Penderanya mesti dihadapkan ke muka pengadilan supaya hukuman setimpak dapat dikenakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10