nuffnang ads

Wednesday, August 18, 2010

ZETI AZIZ YANG HILANG MELAYUNYA

"Orang ni Melayu ke orang putih bah?" anak saya di sekolah rendah itu menuding jarinya ke skrin televisyen tepat ke dahi seorang perempuan 50-an yang sedang bercakap di dalam satu majlis.

 Saya lambat menjawab sebab puas berfikir mencari jawpan yang sesuai.

 Anak saya mendesak pula. "Cakaplah bah. Dia orang Melayu ke orang putih?" ditolak-tolaknya bahu saya berkali-kali. "Cakaplah bah!" desaknya berulang. Saya renung ke dalam bola matanya yang ternyata penuh dengan keinginan mahu tahu siapa sebenarnya perempuan itu.

 Lalu saya tepuk belakang bahunya beberapa kali penuh kasih. "Kesian dia Cap. Nak kata orang putih, muka dia muka Melayu. nak kata Melayu, dia tak pernah cakap Melayu,"

 "Laa..." anak saya merungut. "Orang tanya dia Melayu ke bukan?"

 Nampak sungguh keinginannya tiada batas. Dia tetap mahu tahu, sebab sebagai anak kecil, dia pun tahu kalau seseorang itu mempunyai iras muka Melayu dan bernama Melayu tentulah dia juga boleh berbahasa Melayu. Tapi perempuan yang anak saya maksudkan tadi tak pernah pula terdengar mulutnya mengungkapkan bahasa Malayu yang amat indah itu.

 Saya tunjukkann gambar perempuan itu yang kebetulan ada dalam akhbar yang saya baca. "Inilah orangnya" saya tunjukkan kepada anak. "Kalau ikut daftar kelahiran dan namanya, memang dia orang Melayu. Cuma masalahnya abah sendiri tak pernah dengar dia bercakap bahasa Melayu sejak dulu"

Anak saya terdiam. Barangkali dia cuba belajar untuk faham di sebaik kata-kata saya. Demikianlah kisah Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Aziz.

 Banyak orang Melayu bertanyakan soalan serupa, sejak sekian lama. Entah menyindir atau bersoal secara lurus bendul, saya tak mahu mentafsirkannya. Namun hakikatnya, itulah dia. Anak Azah Aziz, tokoh budaya negara. Zeti seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Dia seolah-olah tidak pernah memikirkan soal asas mengenai sesuatu bangsa, iatu bahasa.

Apakah dia malu berbahasa Melayu sebab bahasa Melayu tiada kelasnya? Sebagai anak Melayu yang menerajui bank negara, dia sepatutnya meletakkan dirinya sebagai anak Melayu yang telah menaikkan maruah bangsanya. Maknanya, sesekali ungkapkanlah patah-patah perkataan dari bahasa Melayu yang indah itu, biar meluncur manios dari celah bibir mungilnya. Biar didengari anak-anak Melayu seluruh negara penuh bangga.

Atau ada sesuatu yang tidak diketahui orang selama ini.  Zeti Aziz sebenarnya tidak mampu langsung berbahasa Melayu?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10