nuffnang ads

Wednesday, August 18, 2010

HARGA BLACKBERRY DI INDONESIA MULAI TURUN. BIMBANG TELEFON ITU DIHARAMKAN KERAJAAN

HARGA telefon pintar Blackberry di Indonesia dikatakan menurun secara perlahan-lahan sejak awal bulan ini, dipercayai ada kaitan dengan khabar angin kerajaan negara itu sedang di fasa akhir untuk mempertimbangkan  kemungkinan ia diharamkan penggunaanya tidak lama lagi.

Rakan yang berada di negara jiran itu ketika ini mengesahkan,beberapa model tertentu kini murah sehingga RM150, tetapi ia hanya ditawarkan oleh toko jualan tertentu di beberapa bandar besar seperti Jakarta. Sementara kebanyakan pusat jualan lain juga dikatakan menurunkan harga berkenaan di antara RM40 dan RM70.

Sebagai contoh, model Tour 9630 yang dijual biasanya antara Rp3,700,000 kini boleh diperolehi daripada toko tertentu pada harga semurah Rp3, 250,000, manakala   model Bold 9000 pula boleh diperolehi pada harga Rp3,900,000. 

Trend penurunan harga bagi model telefon pintar ini dijangka menurun secara berterusan sehinggalah kerajaan negara itu membuat pengumuman sama ada mengharamkan atau tidak penggunaannya. 

Menurut rakan berkenaan, kebanyakan rakyat di negara itu percaya kerajaan terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk menuruti langkah beberapa negara di Asia Barat yang telah mengharamkan penggunaan telefon itu. Bagaimanapun, semakin lama keputusan dibuat, wujud keadaan ketidaktentuan dan ia hanya akan menyebabkan penjual Blackberry bersaing dan akhirnya menurunkan lagi harganya.  

Sementara kerajaan Malaysia masih tergantung dalam membuat keputusan pengharaman atau di sebaliknya, harga telefon itu dilihat tidak banyak berubah. Ia dipercayai ada kaitan keyakinan penjual Blackberry yang Malaysia akan membuat keputusan menang-menang bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terbabit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10