nuffnang ads

Tuesday, August 17, 2010

ZAQUAN ADHA AKAN BERNIKAH DENGAN AYU RAUDHAH.

LESEN KAHWIN atau dalam bahasa sebenarnya disebut Sijil Kursus Perkahwinan. Dan antara mereka yang telah membuat lesen ini ialah pemain bola  sepak kebangsaan Zaquan Adha dan kekasih hatinya, pelakon jelita Ayu Raudhah. Soseh-Soseh Harian Metro melaporkan ada sumber memberitahu pasangan itu telah mengikuti kursus berkenaan pada hari keempat dan kelima Ramadan di Zura's Akademi di Bangsar, akademik perkahwinan paling lama di ibu kota, milik keluarga cikgu Mohamad Noor.
Ini bermakna Zaquan dan Raudhah semakin menghampiri puncak impian mereka untuk bersatu sebagai sepasang suami isteri. Impian itu dikatakan mungkin menjadi kenyataan dalam tempoh antara empat dan 16 bulan dari sekarang. Kini semakin sahihlah percintaan yang mereka lalui adalah sesuatu yang mempunyai matlamat. Iaitu untuk mendirikan rumahtangga dan melahirkan zuriat seperti pasangan insan bercinta yang lain.

Cuma sayu juga terdengar khabar. Konon ada peminat wanita Zaquan yang menggilai pemain kebangsaan itu sejak sekian lama, semakin kuat hentak kakinya sebaik mendengar berita ini. Ada juga peminatnya yang dijangka akan memanah dan memangkah semua gambar Zaquan di dalam bilik sebagai tanda protes dan patah hati. Tentunya ada hati peminat yang hancur lumat kerana sebelum ini mereka masih menaruh harapan konon-konon percintaan Zaquan dan Ayu hanyalah sekadar gosip dalam dunia hiburan.

Tapi inilah realitinya dik! Apa diharap padi seberang, entah masak entahkan tidak, Apa diharap buah hatinya orang, kau carilah lain masih berlambak!

Zaquan hampir pasti mengikut jejak langkah kembarnya Aidil Zafuan yang telah berkahwin dengan artis,Rita Rudaini dan telahpun memiliki seorang cahaya mata. Pasangan itu dikatakan memang secocok bagai pinang dibelah dua. 
Semoga Zaquan dan Ayu selamat memeterai perjanjian hati mereka dengan segera.

Lesen telah ada di tangan, pandulah segera ke gerbang perkahwinan. Tapi AWAS jangan jadikan lesen kursus perkahwinan sebagai  alasan untuk berdua-duaan. Kena tangkap nanti, hancur luluh segala. Selamat pengantin baru awal-awal dari saya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10