nuffnang ads

Tuesday, August 17, 2010

TIPS KEPADA PEMANDU WANITA YANG BAWA KERETA LAMA

PEMERIKSAAN KE ATAS RADIATOR

Kebanyakan pemandu biasanya terleka memeriksa radiator kenderaan mereka, terutama kereta yang telah berusia. Akibatnya berlakulah kebocoran yang jika dibiarkan tanpa penyenggaraan boleh mengakibatkan suhu enjin mengalami kepanasan maksimum. Jika kepanasan ini telah berlaku sehingga tahap maksimum, pemandu tidak mempunyai pilihan, kecuali memberhentikan perjalanan.

Sehubungan itu adalah dinasihatkan, pemandu memeriksa radiator terlebih dulu sebelum memulakan perjalanan, terutama melibatkan jarak yang jauh seperti pulang ke kampung sempena cuti perayaan. Pastikan radiator mempunyai air mencukupi. Selain itu pemeriksaan ke atas tali kipas dan kipas pendingin radiator mesti juga dilakukan. Bagi kenderaan lama, kipas atau tali kiplas pendingin radiator biasanya perlu ditukar bagi mengelak keadaan di luar jangka ketika perjalanan jauh. Sebaik-baiknya juga isi penyejuk atau coolant ke dalam radiator kenderaan. Ini bertujuan menyejukkan sistem enjinn ketika kenderaan telah bergerak.

BATERI

Pada lazimnya bateri digunakan sekitar dua hingga dua setengah tahun. Walaupun ada pihak percaya jangka hayat bateri boleh mencecah sehingga lima tahun, pemandu tidak harus terlalu percaya. Untuk perjalanan jauh, berwaspada termasuk menukar bateri yang telah lama adalah satu tindakan yang bijak.

Periksa juga pada terminal bateri iaitu di kedua-dua bahagian positif dan negatif bagi memastikan tiada karat sedang menghakis terminal. Jika berkarat, gunakan air panas untuk membersihkan karat itu dan ada sesetengah jurutera automotif mencadangkan supaya menggunakan air berkola.

Periksa tahap air pada bateri. Jika bateri telah lama, pastikan air bateri sentiasa mencukupi.

MINYAK ENJIN

Minyak enjin perlu ditukar selalu bagi kenderaan lama kerana ia merupakan antara nyawa enjin yang jika tidak dirawat boleh menyebabkan enjin kenderaan lama menjadi 'koma'.

Apabila pemeriksaan mendapati minyak enjin berkurangan, sebaiknya hantar kereta untuk diservis oleh mekanik berkelayakan. Ini adalah antara langkah penting memastikan enjin kereta lama boleh bertahan dan tidak terbatuk-batuk sepanjang perjalanan yang jauh.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10